Sekitar gotong royong Taman

Program Gotong Royong 2012 Slideshow: Persatuan’s trip to Tanjong Karang (near Klang), Selangor, Malaysia was created by TripAdvisor. See another Klang slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.

Saturday 14 April 2012

Program Gotong Royong

Program Gotong royong telah diadakan oleh Persatuan Penduduk Taman Ria Min pada 14 April 2012, hari Sabtu. Program ini telah diadakan dengan kerjasama Balai Bomba Tanjong Karang & Majlis Daerah Kuala Selangor.Semua penduduk taman telah memberi komitmen yang sangat tinggi. Semua isi rumah turut sama-sama menjayakan program keharmonian ini.
Taklimat oleh pengerusi taman, Ustaz Nazri
Semua penduduk khusyuk mendengar taklimat
kita sarapan dulu...En. Jonid sedang mengisi air
Sedang mengambil alatan yang disediakan oleh MDKS
Masing-masing bergerak ke lokasi
Pegawai bomba sedang memasang hose
SU , Cikgu Ali sedang menembak air..syok gak woo
mau try tak? manyak syook woo..En . Zamri
Kanak-kanak seronok dapat bersama
Pembersihan lorong tengah antara rumah
Cikgu Rosmizam, ketua menjaga hose..kot2 terlipat
Lokasi terakhir pembersihan, kuarters
Adoi..pak cik dah tak larat ni...
Pengerusi bersama ahli
Bila la nak habis ni..pak cik dah tak larat sangat ni...
Ketua Balai bomba pun menyapu ...cayalah....

Thursday 12 April 2012

Program Gotong Royong

KEPADA

Semua Penduduk 
Taman Ria Min

Tuan/Puan;

JEMPUTAN PROGRAM GOTONG ROYONG

Dengan segala hormatnya perkara diatas dirujuk.

2.  Program Gotong Royong Taman Ria Min akan diadakan oleh Persatuan Penduduk Taman Ria Min dengan kerjasama Majlis Daerah Kuala Selangor & Jabatan Bomba Tanjong Karang.Oleh itu, semua penduduk Taman Ria Min dijemput hadir seperti pada butiran berikut:

                               Tarikh : 14 April 2012
                               Hari     : Sabtu
                               Masa   : 8.00 pagi - 12.00 tgh.
                               Tempat berkumpul : Jalan Ria Min 4 ( Hadapan Rumah Haji Toha)

3.   Semua penduduk diharap dapat menyertai prrogram kali pertama ini dengan membawa peralatan yang perlu. Untuk memeriahkan lagi program gotong royong ini, semua warga taman diminta membawa sedikit jamuan utuk dinikmati bersama sebaik sahaja program gotong royong selesai.

4.    Kerjasama dari semua penduduk taman  dengan menghadiri program diatas adalah merupakan manifestasi awal yang akan  mencerminkan keharmonian , kemuafakatan  dan asas kejiranan  yang  kukuh , bakal terjalin erat demi untuk kesejahteraan  semua warga Taman Ria Min.


Sekian Terima Kasih


Saya yang menjalankan tugas

MOHD NAZRI BIN MUHAMAD KASIM
Pengerusi
Persatuan Penduduk
Taman Ria Min
45500 Tanjong Karang
                               


Monday 9 April 2012

Welcome to our Community Blog

Selamat datang ke Blog Persatuan Penduduk Taman Ria Min .Blog ini adalah merupakan satu wadah untuk semua warga Taman Ria Min untuk sama-sama berkogsi maklumat terkini tentang perkembangan segala aktiviti yang akan dijalankan. Admin berharap dengan adanya blog ini semua penduduk Taman Ria Min dapat sama-sama berkongsi idea serta apa-apa maklumat untuk keharmonian bersama semua penduduk taman ini.